1569

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1569. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1569 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
  • abad ke-15
  • abad ke-16
  • abad ke-17
Dekad:
  • 1540-an
  • 1550-an
  • 1560-an
  • 1570-an
  • 1580-an
Tahun:
  • 1566
  • 1567
  • 1568
  • 1569
  • 1570
  • 1571
  • 1572

1569 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Sabtu dalam takwim Gregorius.


Peristiwa

  • 11 Januari-6 Mei - Loteri pertama yang direkodkan di England diadakan tanpa berhenti di pintu barat Katedral St. Paul. Harga setiap tiket ialah 10 syiling, dan wang itu digunakan untuk memperbaik pelabuhan dan kerja raya yang lain.
  • 13 Mac - Perang Jarnac - Angkatan tentera setiaraja di bawah Marsyal Gaspard de Tavannes mengejutkan dan menewaskan tentera Huguenot di bawah Putera Condé yang ditangkap dan dibunuh. Sebahagian besar angkatan tentera Huguenot dapat melarikan diri di bawah Gaspard de Coligny.
  • 10 Jun - Angkatan tentera Prostestan Jerman memperkuat Coligny dekat Limoges.
  • Julai - September - Angkatan tentera Huguenot di bawah Coligny serta Putera Henry dari Navarre yang ketika itu berumur 15 tahun mengepung Poitiers.
  • 24 Ogos - Perang Orthez - Angkatan tentera Huguenot di bawah Gabriel de Montgomery menewaskan angkatan tentera setiaraja di bawah Jeneral Terride di Navarre Perancis. Orang-orang Katolik menyerah kalah atas syarat bahawa mereka tidak dibunuh. Orang Huguenot bersetuju tetapi kemudian melakukan pembunuhan beramai-ramai.
  • September - Angkatan tentera setiaraja di bawah Duc d'Anjou dan Marsyal Tavannes memaksa Coligny menghentikan pengepungan Poitiers.
  • 3 Oktober - Perang Moncountour - Angkatan tentera setiaraja Tavannaes dan Anjou menewaskan Huguenot Coligny.
  • Gerardus Mercator mereka unjuran Mercator.
  • Dewan undangan tiga provinsi Lithuania, iaitu Volhynia, Ukraine dan Podlasie, mengundi untuk bergabung dengan Poland.
  • Poland dan Lithuania disatukan di bawah Kesatuan Lublin dan menjadi sebahagian Komanwel Poland-Lithuania.

Kelahiran

  • 31 Ogos - Jahangir, Majaraja Mughal India (maut 1627)
  • 18 Oktober - Giambattista Marini, pemuisi Itali (maut 1625)
  • Guillén de Castro y Bellvis, dramatis Sepanyol (maut 1631)
  • John Davies, pemuisi dan peguam Inggeris (maut 1626)
  • Alexandre Hardy, dramatis Perancis (maut 1631)
  • Tobias Hume, penggubah Inggeris (maut 1645)
  • Arthur Lake, Biskop Bath dan Wells, salah satu penterjemah Bible Raja James (maut 1626)
  • Karl I dari Liechtenstein, Putera pertama Liechtenstein (maut 1627)
  • William Monson, laksamana British (maut 1643)
  • Frans Pourbus si Lebih Muda, pelukis Belanda Belgium (maut 1622)
  • John Suckling, ahli politik Inggeris (maut 1627)

Kematian

  • 13 Mac - Louis I de Bourbon, Prince de Condé, jeneral protestan Perancis (lahir 1530)
  • 16 Mei - Dirk Willems, syahid Anabaptis Belanda
  • 5 September - Edmund Bonner, Biskop London (lahir k.k. 1500)
  • 9 September - Pieter Brueghel si Lebih Tua, pelukis Belanda Belgium
  • 9 Oktober - Vladimir dari Staritsa, putera Rusia (lahir 1533)
  • 12 Disember - Metropolitan Philip dari Moscow (lahir 1507)
  • John of Avila, ahli mistik dan santo Sepanyol (lahir 1500)