322 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
  • 31-an SM
  • 30-an SM
Tahun:
  • 325 SM
  • 324 SM
  • 323 SM
  • 322 SM
  • 321 SM
  • 320 SM
  • 319 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Yunani

  • Musim bunga - Perdiccas, pemangku raja Macedon, berkempen di Cappadocia yang masih di bawah pemerintahan raja-raja asli, dan menaklukkannya.
  • Musim bunga - Peithon, satrap (gabenor) Macedon di Media, mematahkan pemberontakan bekas-bekas perajurit Macedon.
  • Musim bunga - Leonnatus, satrap Macedon Hellespontine Phrygia, membantu Antipater di Lamia tetapi dibunuh.
  • 5 September - Pertempuran Crannon: Craterus menurunkan tenaga bantuan untuk membantu Antipater dan menumpaskan tentera Athens dalam Perang Lamia.
  • Pertempuran Amorgos: Armada Macedon menumpaskan angkatan tentera laut Athens pada masa yang lebih kurang sama dengan Pertempuran Crannon. Peristiwa ini menamatkan Perang Lamia dengan kemenangan penuh kepada Macedon.
  • Disember - Percubaan Perdiccas untuk mengahwini Cleopatra, adik perempuan Alexander Agung, mengakibatkan Perang Pertama Diadochi apabila Antipater, Craterus, Ptolemy I Soter (satrap Mesir), Antigonus (satrap Phrygia), dan Lysimachus (satrap Thrace) bergabung untuk menentangnya.

Kelahiran

Kematian

  • 7 Mac - Aristotle, ahli falsafah Yunani (lahir 384 SM)
  • Demosthenes, pemidato dan ahli politik Yunani (pembunuhan diri)
  • Hyperides, pemidato dan ahli politik Yunani (dihukum mati)