Baby Tak Gila

  • Drama
  • keluarga
  • Cinta
Ditulis olehNorsyiella AnnuarPengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
  • Syazuwan Hassan
  • Wafariena Roslan
  • Tunku Hanis
  • Zera Hariz
  • Ellie Suriaty
  • Nadia Mustafar
Lagu pembukaanAla Sayang - Fian AliNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod16PenerbitanPenerbit eksekutifWan Rozita Aladad
Khairunnisa MoheddinPenerbitDatuk Lai Shu Wei
Dato' Normashayu PutehTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Pencil Pictures & Records Sdn bhdPenyiaranSaluran asalHypp SensasiFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal10 Mac 2021 – 5 April 2021

Baby Tak Gila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Nizam Zakaria, di bintangi oleh Syazuwan Hassan, dan Wafariena Roslan. Siri ini memulakan tayangan di Hypp Sensasi pada 16 Mac 2021.[1]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Baby (Wafariena) yang mempunyai sikap pelik sejak kecil yang membuatkan dua kakaknya, Tasha (Tunku Hanis) dan Mimie (Zera Hariz) tertekan dengan adik mereka.

Ditambah, perangai manja terlampau Baby itu hanya rela dilayan oleh ibu mereka, Fauziah (Ellie Suriaty) yang ada kala dianggap tidak masuk akal. Apatah lagi, Baby sudah terbiasa hidup senang sejak kecil kerana kasih sayang melimpah-ruah daripada arwah datuk mereka hingga Tasha dan Mimie iri hati.

Apapun, Baby nekad mahu hidup berdikari selepas dia mendapat tawaran kerja daripada rakan lama ibunya, Datuk Alin (Nazia Mustafa). Tindakan Baby itu sebagai menyahut kata-kata terakhir arwah datuknya yang mahu dia belajar berdikari dengan menerokai dunia luar.

Baby yang bekerja di syarikat Datuk Alin berkenalan dengan seorang lagi majikannya, Akram (Syazuwan Hassan) yang tidak bersetuju Baby menjadi pembantu peribadi yang dipilih oleh ibunya itu.

Mengapa Datuk Alin begitu tertarik memberi tawaran kerja kepada Baby di syarikatnya? Mampukah Akram bertahan dengan sikap Baby yang tidak tahu membuat apa-apa kerja sebagai pembantu?

Segala jawapan tentunya ada dalam drama Baby Tak Gila yang padat dengan plot penceritaan merangkumi kisah kekeluargaan, percintaan, konflik serta kasih sayang ini.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Farhan Asri sebagai Kamil
  • Beayqa sebagai Emma
  • Danial Mustaqim sebagai Sam
  • Nik Ramli sebagai Atuk Fuad
  • Zaini Ammar sebagai Fairus
  • Amin Zailani sebagai Amin

Pelakon kanak-kanak

  • Hannah Qaisatina sebagai Baby kecil
  • Mia Deen sebagai Mimi Kecil
  • Duerra Mitilda sebagai Tasha Kecil

Runut Bunyi

  • Ala Shayang - Fian Ali
  • MyBoo - Fian Ali
  • Semakin Benci Semakin Rindu - Fian Ali
  • Sana Sini - Farra Ahmad

Rujukan

  1. ^ Drama Baby Tak Gila mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.