Bahasa Indo-Eropah Purba

Sebahagian daripada siri
Topik-topik Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Eropah

  • Senarai bahasa-bahasa Indo-Eropah

Wujud
  • Bahasa Albania
  • Bahasa Armenia
  • Bahasa-bahasa Balto-Slavik
    • Bahasa-bahasa Baltik
    • Bahasa-bahasa Slavik
  • Bahasa-bahasa Celtik
  • Bahasa-bahasa Jermanik
  • Bahasa-bahasa Yunani
    • Bahasa Yunani
  • Bahasa-bahasa Indo-Iran
    • Bahasa-bahasa Indo-Arya
    • Bahasa-bahasa Iran
    • Bahasa-bahasa Nuristani
  • Bahasa-bahasa Italik
    • Bahasa-bahasa Romawi
Pupus
  • Bahasa-bahasa Anatolia
  • Bahasa-bahasa Tokharia
  • Bahasa-bahasa Paleo-Balkan
    • Bahasa Dacian
    • Bahasa Iliria
    • Bahasa Liburnia
    • Bahasa Messapia
    • Bahasa Misia
    • Bahasa Paeonia
    • Bahasa Frigia
    • Bahasa Thrasia

Direkonstruksi
  • Bahasa Indo-Eropah Purba
    • Fonologi: Hukum sebutan, Aksen, Ablaut

Bahasa hipotesis
  • Bahasa Daco-Thrasia
  • Bahasa Yunani-Armenia
  • Bahasa Yunani-Arya
  • Bahasa Yunani-Frigia
  • Bahasa Indo-Hittite
  • Bahasa Italo-Celtik
  • Bahasa Thrako-Iliria

Tatabahasa
  • Kosa kata
  • Akar kata
  • Kata kerja
  • Kata nama
  • Kata ganti diri
  • Kata bilangan
  • Kata partikel

Other
  • Bahasa Albania Purba
  • Bahasa Anatolia Purba
  • Bahasa Armenia Purba
  • Bahasa Jermanik Purba (Bahasa Norse Purba)
  • Bahasa Italo-Celtik (Bahasa Celtik Purba · Bahasa Itali Purba)
  • Bahasa Yunani Purba
  • Bahasa Balto-Slavik Purba (Bahasa Slavik Purba · Bahasa Baltik Purba)
  • Bahasa Indo-Iran Purba (Bahasa Iran Purba)
Filologi
  • Teks-teks Hittite
  • Bahasa Luwian Berhieroglif
  • Linear B
  • Rigveda
  • Avesta
  • Homer
  • Batu bersurat Behistun
  • Epigrafi Galia
  • Epigrafi Latin
  • Epigrafi Runik
  • Ogam
  • Injil Goth
  • Injil Armenia
  • Tulisan Tokharia
  • Glosa pada bahasa Ireland Kuno
Asal-usul
  • Tanah air
  • Orang Indo-Eropah Purba
  • Masyarakat
  • Kepercayaan

Pendapat aliran utama
  • Hipotesis Kurgan
  • Pemindahan Indo-Eropah
  • Nomad Eurasia

Pendapat sampingan
  • Hipotesis Anatolia
  • Hipotesis Armenia
  • Hujah Beech
  • Orang Aryan tempatan
  • Tanah air Baltik
  • Teori kebersambungan paleolitik
Arkeologi
Zaman Tembaga

Dataran rumput Pontia

  • Pembelajinakan kuda
  • Kurgan
    • Batu nisan Kurgan
  • Kebudayaan Kurgan
  • Kebudayaan dataran rumput
    • Kebudayaan Bug–Dniester
    • Kebudayaan Sredny Stog
    • Kebudayaan Dnieper–Donets
    • Jebudayaan Samara
    • Kebudayaan Khvalynsk
    • Kebudayaan Yamnaya
      • Kebudayaan Mikhaylovka
      • Kebudayaan Novotitorovka

Kaukasus

  • Kebudayaan Maykop

Asia Timur

  • Kebudayaan Afanasievo

Eropah Timur

  • Kebudayaan Usatovo
  • Kebudayaan Cernavodă
  • Kebudayaan Cucuteni–Trypillia

Eropah Utara

  • Kebudayaan tembikar bertali
    • Kebudayaan Baden
    • Kebudayaan Dnieper Tengah

Zaman Gangsa

Dataran rumput Pontia

  • Kenderaan rata
  • Kebudayaan Yamnaya
  • Kebudayaan Catacomb
  • Kebudayaan tembikar bertali banyak
  • Kebudayaan Poltavka
  • Kebudayaan Srubna

Dataran rumput Utara/Timur

  • Kebudayaan Abashevo
  • Kebudayaan Andronovo
  • Kebudayaan Sintashta

Eropah

  • Kebudayaan Amfora Bulat
  • Kebudayaan Tembikar Bertali
  • Kebudayaan Bikar
  • Kebudayaan Unetice
  • Kebudayaan Trzciniec
  • Zaman Gangsa Nordik
  • Kebudayaan Terramare
  • Kebudayaan Tumulus
  • Kebudayaan Urnfield
  • Kebudayaan Lusatian

Asia Selatan

  • BMAC
  • Kebudayaan Yaz
  • Kebudayaan kubur Gandhara

Zaman Logam

Dataran rumput

  • Kebudayaan Chernoles

Eropah

  • Thrako-Kimmeri
  • Kebudayaan Hallstatt
  • Kebudayaan Jastorf

Kaukasus

  • Kebudayaan Colchian

India

  • Kebudayaan Tembikar Kelabu
  • Kebudayaan Tembikar Hitam Gilap
Kaum dan masyarakat
Zaman Gangsa
  • Kaum Anatolia (Kaum Hittite)
  • Kaum Armenia
  • Kaum Yunani Mycenaean
  • Kaum Indo-Iran
Zaman Logam

Kaum Indo-Aryan

  • Kaum Indo-Aryan

Kaum Iran

  • Kaum Iran

Asia Timur

  • Wusun
  • Yuezhi

Eropah

  • Kaum Celt
    • Suku Galia
    • Suku Celtiberia
    • Suku Celt Daratan
  • Kaum Kimmeria
  • Bangsa Yunani
  • Bangsa Itali
  • Rumpun Germanik
  • Bahasa-bahasa Paleo-Balkan/Anatolia
    • Suku Thrasia
    • Suku Dacian
    • Suku Iliria
    • Suku Paeonian
    • Suku Frigian
Zaman Pertengahan

Asia Timur

  • Orang Tokharia

Eropah

  • Orang Albania
  • Orang Baltik
  • Orang Slavik
  • Orang Norse/Orang Skandinavia Pertengahan
  • Zaman Pertengahan Eropah

Indo-Arya

  • Zaman Pertengahan India

Iran

  • Parsi besar
Kepercayaan dan mitologi
Direkonstruksi
  • Mitologi Indo-Eropah Purba
  • Kepercayaan Indo-Iran Purba
  • Kepercayaan Iran Kuno

Bersejarah
  • Hittite

Indo-Arya

Iran

Lain-lain

  • Armenia

Eropah

  • Paleo-Balkan (Albania · Iliria · Thrasia · Dacian)
  • Yunani
  • Rom
  • Celtil
    • Ireland
    • Scotland
    • Breton
    • Welsh
    • Cornish
  • Jermanik
    • Anglo-Sakson
    • Benua
    • Norse
  • Baltik
    • Latvia
    • Lithuania
  • Slavik
Amalan
Kajian-kajian Indo-Eropah
Cendekiawan
  • Marija Gimbutas
  • J. P. Mallory
Institut
  • Kajian Indo-Eropah Copenhagen
Penerbitan
  • Ensiklopedia Kebudayaan Indo-Eropah
  • Kuda, Roda dan Bahasa
  • Jurnal Kajian Indo-Eropah
  • Indogermanisches etymologisches Wörterbuch
  • Kamus Etimologi Indo-Eropah
  • l
  • b
  • s
Bahasa Indo-Eropah Purba
PIE
Rekonstruksi bahasa-bahasa Indo-Eropah
RantauLihat bahagian § Kawasan
ZamanLihat bahagian § Zaman
Rekonstruksi turutan
  • Bahasa Albania Purba
  • Bahasa Anatolia Purba
  • Bahasa Armenia Purba
  • Bahasa Proto-Slavik Purba
  • Bahasa Celtik Purba
  • Bahasa Jermanik Purba
  • Bahasa Yunani Purba
  • Bahasa Indo-Iran Purba
  • Bahasa Italik Purba
  • Bahasa Tokharia Purba

Bahasa Indo-Eropah Purba ialah bahasa leluhur bersama yang direkonstruksi dari keluarga bahasa Indo-Eropah.[1] Tiada catatan atau sebarang bukti langsung yang ditemui mengenai kewujudan bahasa Indo-Eropah Purba, dan ciri-ciri yang dikemukakan itu semua diterbitkan berdasarkan rekonstruksi linguistik kepada kesemua bahasa Indo-Eropah sedia ada.[2]

Jauh lebih banyak usaha telah dilakukan untuk merekonstruksi bahasa Indo-Eropah Purba berbanding mana-mana rekonstruksi bahasa purba, dan rekonstruksi bahasa purba ini adalah paling difahami berbanding mana-mana bahasa purba sezamannya. Kebanyakan kerja-kerja linguistik pada abad ke-19 ditumpukan kepada rekonstruksi bahasa-bahasa Indo-Eropah purba serta bahasa-bahasa anaknya, dan hasilnya banyak teknik moden rekonstruksi linguistik (seperti kaedah pembandingan) dapat dikembangkan.

Bahasa Indo-Eropah Purba dihipotesis bahawa ia dituturkan sebagai satu bahasa bermula 4500 tahun sehingga 2500 tahun sebelum Masihi[3] sewaktu Zaman Neolitik Akhir sehingga ke Zaman Gangsa Awal, walaupun andaian tersebut mempunyai julat lebih daripada seribu tahun. Menurut hipotesis Kurgan, tanah asal orang Indo-Eropah Purba mungkin berada di dataran rumput Pontia-Kaspia di timur Eropah. Rekonstruksi linguistik bahasa Indo-Eropah Purba telah memberi petunjuk mengenai budaya gembala dan kepercayaan berlandaskan sistem kebapaan (patriarki) penutur-penutur bahasa tersebut.[4]

Sewaktu penutur-penutur Indo-Eropah Purba menjadi terpisah antara satu sama lain melalui beberapa rombongan pemindahan orang Indo-Eropah, dialek-dialek kawasan yang dituturkan oleh pelbagai penutur Indo-Eropah Purba bercambah, kerana setiap dialek mengalami beberapa pengalihan dari segi sebutan (hukum bunyi Indo-Eropah), morfologi, dan perbendaharaan katanya. Setelah berabad lamanya, dialek-dialek tersebut berubah menjadi bahasa-bahasa Indo-Eropah kuno yang diketahui. Dari situ juga, percambahan linguistik lanjutan menyebabkan evolusi menjadi bahasa-bahasa keturunannya yang dikenali sebagai bahasa-bahasa Indo-Eropah Moden. Kini, keturunan kepada bahasa Indo-Eropah Purba dengan penutur asli teramai adalah terdiri daripada bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris, bahasa Portugis, bahasa Hindustani (yakni bahasa Hindi dan bahasa Urdu), bahasa Benggali, bahasa Rusia, bahasa Punjabi, bahasa Jerman, bahasa Parsi, bahasa Perancis, bahasa Marathi, bahasa Itali dan bahasa Gujarati.

Bahasa Indo-Eropah Purba dipercaya mempunyai sistem morfologi yang terperinci yang termasuklah imbuhan fleksi (padanan perkataan bahasa Inggeris child, child's, children, children's) serta ablaut (pengubahsuaian bunyi-bunyi vokal seperti yang terdapat pada perkataan bahasa English sing, sang, sung, song) dan aksen. Bentuk kata namaan dan kata ganti nama yang terdapat pada bahasa Indo-Eropah Purba mempunyai sistem tasrif yang kompleks, dan kata kerja bahasa ini juga mempunyai sistem konjugasi yang kompleks. Sistem fonologi, kata partikel, kata bilangan, dan kata kopula yang terdapat pada bahasa Indo-Eropah Purba juga telah matang rekonstruksinya.

Tanda bintang digunakan sebagai tanda lazim diletakkan di hadapan kata-kata yang direkonstruksi, contohnya *'wódr̥', *'ḱwn̥tós', atau *'tréyes'; kata-kata tersebut ialah kata leluhur rekonstruksi yang berpadanan dengan kata-kata Inggeris moden seperti water, hound, dan three.


Lihat juga

  • Kosa kata bahasa Indo-Eropah
  • Senarai bahasa Indo-Eropah
  • Agama Proto-Indo-Eropah
  • Budaya Yamna

Rujukan

  1. ^ "Indo-European languages – The parent language: Proto-Indo-European". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-19.
  2. ^ "Archaeology et al: an Indo-European study" (PDF). School of History, Classics and Archaeology. The University of Edinburgh. 2018-04-11. Dicapai pada 2018-12-01.
  3. ^ Powell, Eric A. "Telling Tales in Proto-Indo-European". Archaeology. Dicapai pada 2017-07-30.
  4. ^ Fortson (2004), m/s. 16. harv error: no target: CITEREFFortson2004 (help)

Bacaan lanjut

  • Mallory, JP; Adams, DQ (2006), The Oxford Introduction to Proto-Indo-European and the Proto-Indo-European World, Oxford: Oxford University Press, ISBN 9780199296682
  • Meier-Brügger, Michael (2003), Indo-European Linguistics, New York: de Gruyter, ISBN 3-11-017433-2
  • Szemerényi, Oswald (1996), Introduction to Indo-European Linguistics, Oxford

Pautan luar

  • At the University of Texas Linguistic Research Center: List of online books, Indo-European Lexicon
  • Proto-Indo-European Lexicon at the University of Helsinki, Department of Modern Languages, Department of World Cultures, Indo-European Studies
  • Indo-European Grammar, Syntax & Etymology Dictionary
  • Academia Prisca: 'Promoting North-West Indo-European as a modern language since 2005, with continuous reference to the parent Late Proto-Indo-European language'.

Templat:Proto-Indo-European language

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Republik Czech
Lain-lain