Balistik

Balistik (bahasa Yunani ba'llein, "baling") ialah bidang sains yang berkaitan dengan pergerakan, kelakuan, dan kesan projektile, terutamanya peluru, bom melalui udara, roket, atau seumpamanya; dari segi sains atau kepakaran dalam melancarkan projectiles agar mencapai prestasi yang diinginkan.

Badan balistik ialah sesuatu jisim yang bebas bergerak, berkelakuan, dan diubah suai dalam bentuk, kontor, atau teksture oleh keadaan ambient, bahan, atau kuasa, seperti oleh gas dalam senapang, oleh rifling dalam laras, oleh graviti, oleh suhu, atau oleh partikle udara.

Maklumat balistik senjata api digunakan dalam sains forsenik.

Balistik kadang kala dibahagikan kepada:

  • Balistik dalaman, kejian mengenai asal proses pecutan projetile, sebagai contoh laluan peluru melalui laras rifle;
  • Balistik peralihan "Transition ballistics", kajian mengenai pecutan projetile disebabkan oleh asap senjata, apabila ia melepasi laras.
  • Balistik luaran "External ballistics", kajian mengenai laluan projetile melalui ruang angkasa atau udara; dan
  • Balistik terminal "Terminal ballistics", kajian mengenai interaksi projetile dengan sasarannya, samada ia adalah daging (untuk peluru pemburu), besi (untuk peluru anti kereta kebal), atau juga sisa ketuhar (untuk pengacau sisa industri (industrial slag disruptor)).

Peluru berpandu balistik ialah peluru berpandu yang direka untuk beroperasi menurut hukum balistik.

Lihat juga:

  • Fizik senjata api untuk pengenalan asas senjata
  • Kartrij dan peluru

Pautan luar

  • http://naca.larc.nasa.gov/reports/1922/naca-tm-111/ Diarkibkan 2006-02-11 di Wayback Machine
  • http://www.mindspring.com/~ulfhere/ballistics/mechanics.html


  • l
  • b
  • s