Cinta Buat Dara

  • Drama
    Cinta
    Komedi
Ditulis oleh
  • Shida Zali
  • Mia Marziah Manaf
  • Eita Cordoba
PengarahNg Ken Kin
Dibintangi oleh
  • Riena Diana
  • Syafiq Kyle
  • Sean Lee
  • Afifah Nasir
Lagu pembukaanCinta Buat Dara - Yulia KameliaLagu penutupPujangga - Voice In Public (Episod 19)Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanPenerbitDato Sri Jaspal S. KorotanaTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn. Bhd.PenyiaranSaluran asalTV3 (Lestary)
iQIYI
Mediacorp Suria (2024-kini)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal24 Ogos 2022 – 28 September 2022KronologiMengikutiHoney-MoonDiikuti olehAdakah Engkau Menungguku

Cinta Buat Dara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Ng Ken Kin, Dibintangi oleh Riena Diana, Syafiq Kyle, dan Sean Lee. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 24 Ogos 2022 menggantikan Honey-Moon.[1]Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.

Sinopsis

Mengisahkan Dara yang kasar dan selalu menimbul masalah kepada ibunya, dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan itu, Kak Ros, bekas juara Kebaya Ratu. Hariz seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi. Melalui masa mereka bekerja bersama, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukainya satu sama lain. Namun, Atirah, gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Serik dengan kelakuan Dara (Riena Diana) sebagai seorang pemain papan luncur yang kasar dan sering menimbulkan masalah, ibunya telah berhasrat untuk menghantar Dara pulang ke kampung dan meminta tolong Kak Ros (Rozita Che Wan) supaya mengajar dan melembutkan kelakuan anaknya. Pada masa yang sama, Dara yang telah bergaduh dengan Hariz (Syafiq Kyle) di Kuala Lumpur kini berjumpa semula di kampung mereka di Kuala Selangor kerana berkerja dengan ayah Hariz di sebuah kedai runcit.

Dalam usaha untuk mengubah personaliti Dara menjadi lebih lemah lembut dan ayu, ibunya ingin mengenalkan Dara dengan anak lelaki kawannya. Namun, Dara tidak mahu dipaksa untuk berkenalan dengan lelaki itu dan meminta Hariz untuk menjadi teman lelaki sementara Dara. Hariz bersetuju untuk menjadi teman lelaki Dara, tetapi Dara harus berjanji untuk tidak jatuh hati padanya.

Pelakon

Runut bunyi

  • "Cinta Buat Dara" - Yulia Kamelia
  • "Pujangga" - Voice In Public

Rujukan

  1. ^ Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Buat Dara (Slot Lestary TV3). Iluminasi. Dicapai 24 Ogos 2022
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.