Daerah Kudat

Daerah Kudat
Daerah di Sabah
Peta daerah Kudat
Peta daerah Kudat
Lokasi Daerah Kudat
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianKudat
Pusat pentadbiranKudat
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanLembaga Bandaran Kudat
 • Pegawai daerahSapdin Ibrahim
Keluasan
 • Jumlah1,287 km2 (497 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah86,410
 • Kepadatan67/km2 (170/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
89xxx
Nombor platSK
Laman sesawanglbkudat.sabah.gov.my/index.php

Kudat ialah sebuah daerah di Bahagian Kudat, utara negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Kudat. Antara pekan lain yang terdapat dalam daerah ini termasuklah Pekan Matunggong dan Pekan Sikuati. Majoriti penduduk di daerah Kudat merupakan masyarakat beretnik Rungus.

Etimologi

Nama "Kudat" dipercayai berasal daripada peristiwa peniaga Cina yang hairan melihat rumput lalang tumbuh merata di sekitar Kudat. Mereka kemudiannya bertanya kepada penduduk tentang rumput tersebut. Penduduk yang beretnik Rungus memberitahu mereka bahawa rumput itu bernama “Kutad” yang bermaksud rumput lalang dalam bahasa Rungus. Peniaga Cina yang tidak dapat menyebut perkataan “kutad” kerana pelat telah menyebutnya sebagai Kudat. Lalu nama tersebut digunakan sehingga kini.

Nama "Kudat" juga dipercayai berasal daripada satu peristiwa lain iaitu peristiwa penduduk di pinggir laut yang dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari hon sebuah kapal “Santi” ketika mereka sedang tidur. Mereka kemudiannya menjerit “takuddat aku” sambil berlari. Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan dan menjadi ‘Kudat’. Perkataan ini kemudiannya dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini.[2]

Geografi

Daerah Kudat hanya bersempadan dengan daerah Kota Marudu di selatan. Daerah Kudat juga dikelilingi dengan Laut China Selatan, Teluk Marudu, Selat Balabak dan Laut Sulu. Daerah Kudat terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan Semenanjung Kudat dan kawasan Kepulauan Banggi yang dipisahkan Laut Sulu.

Bentuk muka bumi di kawasan Semenanjung Kudat kebanyakannya tidak sekata iaitu berbukit bukau dan kawasan tanah rendah di pesisiran pantai, manakala bentuk muka bumi bagi Kepulauan Banggi pula adalah lebih kepada daratan rendah dengan titik tertingginya adalah Bukit Sinambung dengan ketinggian 529 meter, juga menjadi titik tertinggi di Daerah Kudat,

Sungai terpanjang di Daerah Kudat ialah Sungai Matunggong dan pulau terbesarnya ialah Pulau Banggi. Pulau Banggi juga merupakan pulau terbesar di Malaysia.

Pentadbiran

Daerah Kudat ditadbir oleh Lembaga Bandaran Kudat yang berpusat di Bandar Kudat. Lembaga Bandaran Kudat juga mentadbir Daerah Kecil Banggi dan Daerah Kecil Matunggong yang terletak dalam daerah ini. Daerah Kudat terbahagi kepada sembilan mukim;

  • Mukim Banggi
  • Mukim Bengkongan
  • Mukim Dualog Sikuati
  • Mukim Mangaris
  • Mukim Matunggong
  • Mukim Pinawantai
  • Mukim Tambuluran
  • Mukim Tiga Papan
  • Mukim Timbang Dayang

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200073,349—    
201085,404+16.4%
202086,410+1.2%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kudat ialah seramai 86,410 orang dengan kepadatan penduduk 67 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[4] Majoriti penduduk di daerah Kudat merupakan Bumiputera termasuklah etnik Rungus, Molbog, Kadazandusun, Suluk, Bajau dan Melayu.[5][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 5,488
Bumiputera lain 67,899
Cina 4,701
India 39
Lain-lain 246
Bukan warganegara - 8,037
Jumlah 86,410

Agama

Di daerah Kudat, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 58 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 37 peratus dan Agama Buddha sebanyak empat peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan

Daerah Kudat dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 58 buah sekolah rendah, 12 buah sekolah menengah, lima buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, sembilan buah klinik kesihatan, satu klinik komuniti dan lima klinik desa di sekitar daerah.


Rujukan

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Sejarah Kudat". Lembaga Bandaran Kudat. Dicapai pada 17 April 2024.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik