Geseran farinks tak bersuara

Nombor AFA144
Pengekodan
X-SAMPAX\
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Geseran farinks tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ħ (huruf h kecil berpotong) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X\ dalam X-SAMPA.

Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ح‎ (ḥa) sebagai wakil bunyi ini,[1] huruf itu pula dikenali sebagai ha pedas kerana keterdekatannya dengan bunyi cungapan yang terhasil apabila memakan makanan pedas. Walau bagaimanapun, kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah fonemnya kepada yang hampir mirip iaitu geseran glotis tak bersuara (/h/).[1]

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran farinks tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah farinks, iaitu disebut dengan akar lidah menyentuh farinks.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Abkhaz ҳара [ħaˈra] 'kami'
Agul ? [muħ] 'bangsal'
Arab Baku[2] واحدcode: ar is deprecated [wɑːˈħid] 'satu' Rujuk fonologi bahasa Arab
Avar xIебецI [ħeˈbetsʼ] 'tahi telinga'
Chechen ач/ [ħatʃ] 'plam'
Galicia[3] [[[Abjad Rumi|gato]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈħato] 'kucing'
Ibrani חַשְׁמַלcode: he is deprecated [ħaʃmal] 'elektrik' Sebutan Sefardi, rujuk fonologi bahasa Ibrani
Kabardia щхьэ [ɕħæ] 'kepala'
Kabyle aḥeffaf [aħəffaf] 'perias rambut'
Kurdi hol [ħol] 'alam sekitar' sesetengah dialek; dialek lain menyebut [h]
Malta Baku wieħedcode: mt is deprecated [wiħːed] 'satu'
Sioux Nakota [haħdanahã] 'semalam'
Somali [[[Abjad Rumi|xood]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ħoːd] 'tongkat'

Rujukan

  1. ^ a b Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 116, 122–3.
  2. ^ Watson (2002:19)
  3. ^ Regueira (1996:120)

Bibliografi

  • Ladefoged, Peter & Ian Maddieson (1996), The Sounds of the World's Languages, Blackwell, ISBN 0-631-19815-6
  • Regueira, Xose (1996), "Galician", Journal of the International Phonetic Association 26 (2): 119-122
  • Watson, Janet (2002), written at New York, The Phonology and Morphology of Arabic, Oxford University Press
Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal