Janjang aritmetik

Dalam bidang matematik, janjang aritmetik ialah jujukan nombor di mana setiap sebutan selepas sebutan pertama ( a {\displaystyle a} ) dibina dengan menambah bilangan malar. Bilangan ini dipanggil beza sepunya ( d {\displaystyle d} ). Jujukan dalam janjang aritmetik ialah

a , a + d , a + 2 d , {\displaystyle a,a+d,a+2d,\dots \,\!}

Sebagai contoh, 1, 3, 5, 7, 9, ... ialah suatu janjang aritmetik dengan sebutan pertama 1 dan beza sepunya 2.

Rumus bagi sebutan ke- n {\displaystyle n} dalam sebarang janjang aritmetik diberi oleh

T n = a + ( n 1 ) d {\displaystyle T_{n}=a+(n-1)d\,\!}

Hasil tambah n {\displaystyle n} sebutan pertama dalam janjang aritmetik, S n {\displaystyle S_{n}} juga dipanggil siri aritmetik, diberi oleh rumus

S n = n 2 [ 2 a + ( n 1 ) d ] {\displaystyle S_{n}={\frac {n}{2}}[2a+(n-1)d]}

atau

S n = n 2 ( a + l ) {\displaystyle S_{n}={\frac {n}{2}}(a+l)}

di mana l {\displaystyle l} ialah sebutan terakhir.