Kolonoskopi

Kolonoskopi sedang dijalankan pada pesakit

Kolonoskopi ialah pemeriksaan endoskopik yang dijalankan pada usus besar dan bahagian distal usus besar menggunakan kamera jenis CCD atau gentian optik dalam suatu tiub fleksibel yang melalui dubur. Ia boleh menunjukkan diagnosis visual (contohnya, pengulseran, polip) lalu membolehkan biopsi atau pembuangan luka-luka kolorektal yang disyaki.

Kaedah ini boleh menyingkirkan polip sekecil satu milimeter atau kurang lagi; polip yang dikeluarkan diteliti menggunakan mikroskop untuk menentukan sama ada ia boleh mencetuskan kanser usus (kanser jenis ini mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun untuk kelihatan kesannya) mahupun sebaliknya.

Pautan luar

  • Video menunjukkan bagaimana prosedur dijalankan
  • Preparing for a Colonoscopy
  • KOLONOSKOPI Diarkibkan 2018-07-28 di Wayback Machine - Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia