Korvet Kelas Sa'ar 5

Sa'ar 5
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Sa'ar 5
Pembina:Northrop Grumman oleh Ingalls Shipbuilding
Pengguna:Bendera tentera laut Israel Tentera Laut Israel
Sebelumnya:Bot peluru berpandu Kelas Sa'ar 4.5
Jumlah disiapkan:3
Jumlah aktif:INS Eilat, INS Lahav, INS Hanit
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Korvet
Sesaran:
  • 1,227 tan (muatan penuh)
  • 1,075 tan (standard)
Panjang: 85.64 meter (280.97 ka)
Lunas: 11.88 meter (38.98 ka)
Draft: 3.17 meter (10.40 ka)
Jana kuasa:
  • Gabungan diesel atau gas
  • 2x enjin diesel MTU V12 1163 TB82
  • turbin gas General Electric LM2500
Halaju:
  • 20 knot (37 km/j) (enjin diesel)
  • 33 knot (61 km/j) (turbin gas)
Jarak: 3,500 batu nautika (6,500 km)
Anak kapal:
  • 64 pegawai dan anak kapal
  • 10 krew udara
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • radar pencari udara Elta EL/M-2218S
  • radar kawalan tembakan Elta EL/M-2221
  • sonar EDO Type 796
  • sonar jujukan ditarik Rafael
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Pengumpan Argon ST AN/SLQ-25 Nixie
  • pelancar roket pengusik Elbit
  • RF corner reflector Rafael
  • RWR Elisra NS-9003A/9005
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: Eurocopter Panther
Kemudahan penerbangan: Pad helikopter dan hangar helikopter

Sa'ar 5 (Ibrani: tempest סערcode: he is deprecated ) adalah sebuah kelas korvet di dalam Tentera Laut Israel. Ia direka berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang didapati dari pengoperasian kapal kelas Sa'ar 4.5. Tiga buah kapal kelas ini telah dibina oleh Northrop Grumman Ship Systems (dahulunya Litton-Ingalls Shipbuilding Corporation dari Pascagoula, Mississippi) untuk Tentera Laut Israel berdasarkan rekabentuk yang disediakan oleh Israel. Korvet dari kelas Sa'ar 5 merupakan armada kapal permukaan tercanggih Israel pada waktu ini. Setiap satu kapal ini berharga sebanyak AS$ 260 juta.

Kapal pertama dari kelas ini, INS Eilat, telah dilancarkan pada bulan Februari 1993, diikuti oleh INS Lahav pada Ogos 1993 dan INS Hanit pada Mac 1994.

Sejarah pertempuran

Pada 14 Julai, 2006, semasa menguatkuasa kepungan di luar pantai Beirut, INS Hanit telah diserang oleh Hizbollah dengan menggunakan peluru berpandu C-802 versi Iran. Tembakan peluru berpandu ini telah menghentam pad pendaratan helikopter yang mencetuskan satu letupan dan kebakaran. Kebakaran ini telah mengancam tempat simpanan minyak penerbangan di bawahnya. Kebakaran ini berlanjutan selama beberapa jam sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya. Kapal ini mengalami beberapa kerosakan, tetapi masih mampu timbul. Ia kemudian dibawa keluar dari lingkungan jarak tembakan dan belayar kembali ke Ashdod untuk dibaiki.[1]. Empat anggota Tentera Laut Israel mati. Kapal ini kembali semula bertugas.

Siasatan telah dilakukan oleh Tentera Laut Israel merumuskan bahawa peluru berpandu yang menghemtam adalah C-802 yang mana telah mengenai kren di belakang kapal, radar kapal pada waktu itu tidak beroperasi sepenuhnya, kedua-dua sistem pertahanan elektronik dan sistem anti peluru berpandu Barak berada dalam mod berjaga-jaga 2-minit manakala kapten kapal pula tidak menyedari akan situasi ini.[2]

Kapal-kapal

Tiga buah korvet kelas Sa'ar 5 telah dibina iaitu:

Lihat juga

  • Bot peluru berpandu Kelas Sa'ar 4
  • Bot peluru berpandu Kelas Sa'ar 4.5
  • Kor Laut Israel
Sebuah helikopter Eurocopter AS565 milik Tentera Udara Israe, jenis yang sama digunakan pada korvet Kelas Sa'ar 5

Rujukan

  1. ^ "Strike on Israeli Navy Ship". NAVSEA. 2006-07-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-11. Dicapai pada 2009-12-24.
  2. ^ Amos Harel (November 9, 2006). "Missile attack on INS Spear: IDF probe faults navy, ship's crew". haaretz.com. Dicapai pada 2008-02-16.

Pautan luar

  • Naval Technology
  • Global Security
  • Hazegray
  • Ha'aretz: 4 soldiers missing after naval vessel hit off Beirut coast
  • Israeli-Weapons Diarkibkan 2008-10-26 di Wayback Machine