Marjane Satrapi

Marjane Satrapi
Satrapi di Festival Film Cannes 2008
Kelahiran (1969-11-22) 22 November 1969 (umur 54)
Rasht, Iran
KewarganegaraanPerancis[1][2] dan Iran
Bidang-bidangArtis dan penulis
Karya terkenal
  • Persepolis
  • Embroideries
  • Chicken with Plums
  • The Voices

Marjane Satrapi (Parsi: مرجان ساتراپیcode: fa is deprecated ) (lahir 22 November 1969; umur 54 tahun) ialah seorang pelukis novel grafik, kartunis, ilustrator, pengarah filem dan pengarang buku anak-anak Perancis kelahiran Iran.[1][2][3]

Biografi

Satrapi dilahirkan di Rasht, Iran, dan dibesarkan di Tehran dalam sebuah keluarga Iran kelas menengah.[4] Kedua-dua ibu bapanya aktif dalam politik dan mendukung idea-idea Marxis melawan monarki Shah terakhir. Ketika Revolusi Iran berlaku pada 1979, mereka berada di pemerintahan golongan fundamentalisme Islam yang mengambil kuasa.[4]

Walaupun ibu bapa Satrapi menggalakkannya agar sentiasa degil dan mempertahankan haknya, mereka mula membimbangkan keselamatannya. Sejak zaman remajanya, beliau sudah menimbul masalah dengan pihak polis dengan melanggar kod kesantunan dan membeli muzik yang dilarangkan oleh pemerintahan ketika itu. Akibatnya, beliau telah dihantar ke luar negara untuk menetap dengan rakan ibu bapanya di Vienna, Austria pada 1983. Beliau telah meneruskan pelajarannya di Lycée Français de Vienne.[5] Beliau berada di Vienna selama zaman sekolah tingginya dan sering berpindah dari masa ke masa kerana perubahan keadaan, kadang-kala beliau terpaksa menetap di rumah rakannya. Akhirnya, beliau tidak mempunyai tempat berteduh dan meninggal di jalanan selama tiga bulan, sehinggalah beliau dimasukkan ke hospital kerana menghidap pneumonia. Apabila beliau pulih, beliau kembali ke Iran untuk mengaji dalam bidang komunikasi visual, dan seterusnya memperoleh ijazah saujananya dari Universiti Islam Azad di Tehran.[6]

Satrapi telah berkahwin dengan Reza, seorang veteran dari Perang Iran–Iraq, apabila beliau berumur 21. Mereka telah bercerai kemudian dan beliau pula berpindah ke Strasbourg, Perancis. Ibu bapanya memberitahu beliau bahawa Iran sudah tidak sesuai untuknya dan menggalakkan beliau untuk menetap di Eropah secara kekal.

Satrapi kini berkahwin dengan Mattias Ripa yang berbangsa Sweden. Mereka menetap di Paris.[4] Selain bahawa ibundanya, Persian, beliau juga fasih dalam bahasa Perancis, Inggeris, Sweden, Jerman, dan Itali.[7]

Filmografi

  • Persepolis (2007) (bersama-sama ditulis dan diarah dengan Vincent Paronnaud)
  • Chicken with Plums (2011) (bersama-sama ditulis dan diarah dengan Vincent Paronnaud)
  • Gang of the Jotas (2012) (pengarah, penulis, pelakon)
  • The Voices (2014) (pengarah)

Rujukan

  1. ^ a b "J'ai été très bien accueillie et je n'oublierai jamais que j'ai été naturalisée grâce à Jack Lang." (Abusdecine perse les secrets de « Persepolis » [pautan mati kekal]).
  2. ^ a b Vingt-deux films pour une palme d'Or
  3. ^ "Marjane Satrapi". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 20 Januari 2008. ISSN 0190-8286. Dicapai pada 10 Februari 2016.
  4. ^ a b c Hattenstone, Simon (29 March 2008). "Confessions of Miss Mischief". The Guardian. Dicapai pada 7 November 2012.
  5. ^ Bédarida, Catherine. "Marjane Satrapi dessine la vie de l'Iran." Le Monde. 25 Jun 2003. Dicapai pada 21 September 2009.
  6. ^ Heather Lee Schroeder (2010). A Reader's Guide to Marjane Satrapi's Persepolis. Enslow Publishers, Inc. m/s. 136. ISBN 978-0-7660-3166-1. Dicapai pada 6 September 2011.
  7. ^ "Author Bio: Marjane Satrapi". Michael Schwartz Library: Universiti Negeri Cleveland. 2011. Dicapai pada 6 September 2011.

Bacaan lanjut

  • Chute, Hillary L. (2010). Graphic Women: Life Narrative and Contemporary Comics. New York: Columbia University Press. ISBN 978-0-231-15062-0. Dicapai pada 6 September 2011.
  • Tensuan, Theresa M. (Musim Sejuk 2006). "'Comic Visions and Revisions in the work of Lynda Barry and Marjane Satrapi'". Modern Fiction Studies. 52 (4): 947–964. doi:10.1353/mfs.2007.0010.
  • Bhoori, Aisha (2014). "Reframing the Axis of Evil". Harvard Political Review

Pautan luar

  • flagPortal Iran
  • flagPortal Perancis
  • Portal Sastera
  • Persepolis film (2008) official website, Sony Picture Classics
  • Marjane Satrapi, author di Random House
  • Marjane Satrapi biography pada Lambiek Comiclopedia
  • "Princess of Darkness", temu duga oleh Robert Chalmers, The Independent (1 Oktober 2006)
  • Marjane Satrapi interview di Bookslut (2004)
  • Marjane Satrapi interview di Powells.com (2006)
  • Marjane Satrapi interview di Reviewgraveyard.com
  • "Bringing Iran To The West: Marjane Satrapi's Persepolis" Diarkibkan 2011-07-08 di Wayback Machine di The Culturatti
  • The Comic World of Marjane Satrapi: Yearnings for a Lost Homeland
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Yunani
  • Korea
  • Croatia
  • Belanda
  • Poland
  • Sweden
Institut penyelidikan seni
  • Artis RKD (Belanda)
  • Nama Artis (Getty)
Kamus biografi
  • Jerman
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain