Mayfair

Koordinat: 51°30′32″N 0°08′51″W / 51.508755°N 0.14743°W / 51.508755; -0.14743

Mayfair
Mayfair is located in Bumi
Mayfair
Mayfair (Bumi)

 Mayfair ditunjukkan dalam Greater London
Rujukan grid OS TQ285805
Daerah Bandaran London Westminster
Ceremonial county Greater London
Kawasan London
Perlembagaan negara England
Negara berdaulat United Kingdom
Bandar pos LONDON
Poskod daerah W1
Kod panggilan 020
Polis Metropolitan
Balai bomba London
Ambulans London
Parlimen Eropah London
Parlimen UK Bandar London dan Westminster
Perhimpunan London West Central
Senarai tempat di
UK
England
London

Mayfair adalah sebuah kawasan pusat London, England, dalam City of Westminster.

Sejarah

Mayfair dinamakan sempena Pesta bulan May (May Fair) berlarutan selama dua minggu setiap tahun yang berlangsung di tapak tersebut iaitu kini Shepherd Market (dari 1686 hingga ia dilarangkan dari lokasi itu pada 1764). Hingga 1686, May Fair telah dijalankan di Haymarket, dan selepas 1764, ia berpindah ke Fair Field di Bow oleh kerana penghuni yang kaya di kawasan itu merasakan pesta itu 'merendahkan persekitaran' kawasan kejiranan[1].

Mayfair lebih kurang bersempadan dengan Taman Hyde di barat, Oxford Street di utara, Piccadilly dan Taman Green di selatan dan Regent Street di timur. Kebanyakan kawasan ini pertama dibangunkan di antara pertengahan kurun ke-17 dan pertengahan kurun ke-18 sebagai daerah tempat kediaman bergaya, dimiliki oleh sebilangan tuan tanah, yang terpenting dari mereka adalah keluarga Grosvenor. Keluarga Rothschild membeli kawasan-kawasan besar Mayfair pada kurun ke-19. freehold dari bahagian besar Mayfair juga milik Crown Estate.

Daerah ini kini kebanyakannya daerah perdagangan, dengan banyak pejabat dalam rumah-rumah yang ditukarkan dan bangunan baru, termasuk ibu pejabat korporat utama, suatu kepadatan hedge fund, dan bisnes real estate. Penyewaan adalah di kalangan yang tertinggi di London dan di dunia. Ia merupakan sejumlah besar harta milik tempat kediaman dan juga beli-belah eksklusif dan kepadatan terbesar London terdiri dari hotel mewah dan dan banyak restoran. Bangunan di Mayfair termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Dataran Grosvenor, Royal Academy of Arts, Muzium Rumah Handel, Hotel Grosvenor House, Claridge's dan The Dorchester.

Pengenalan dan prestij Mayfair telah meningkat pada minda umum oleh kerana gelarannya sebagai harta milik yang termahal dalam set Monopoly British.

Pendidikan

The City menjalankan Mayfair Library, sebagai sebuah perpustakaan tempatan.[2]

Jalan dan dataran

Savile Row
The Royal Arcade di Old Bond Street
  • Albemarle Street
  • Berkeley Square
  • Berkeley Street
  • Bond Street
  • Brook Street
  • Kebun Brown Hart
  • Dataran Bryanston
  • Cork Street
  • Curzon Street
  • Dover Street
  • Grosvenor Square
  • Half Moon Street
  • Dataran Hanover
  • Harrowby Street
  • Hill Street
  • Hyde Park Corner — persimpangan jalan di sudut tenggara
  • Marble Arch — persimpangan jalan/plaza di sudut barat daya
  • Old Park Lane
  • Oxford Street — sempadan utara
  • Park Lane — sempadan barat
  • Piccadilly — sempadan selatan
  • Piccadilly Circus — persimpangan jalan/plaza di sudut tenggara Mayfair
  • Regent Street — sempadan timur
  • South Molton Street
  • Savile Row
  • Shepherd Market
  • South Audley Street

Pengangkutan dan lokasi di sekitarnya

Lokasi pada konteks

Kawasan berjiran London
Paddington Marylebone Fitzrovia
Taman Hyde Soho
   Mayfair    
Knightsbridge St James's Pekan Cina
Belah utara Dataran Grosvenor pada kurun ke-18 atau awal kurun ke-19. Tiga rumah di bahagian kiri sekali membentuk suatu kumpulan berpadu, tetapi yang lain di bahagian ini direkabentuk secara individu. Kebanyakan dataran London kemudian akan menjadi lebih seragam.

Stesen tiub berhampiran

Stesen London Underground berhampiran adalah Bond Street, Green Park, Hyde Park Corner, Marble Arch dan Oxford Circus.

  • Bekas stesen tiub Down Street berada dalam kawasan itu, tetapi tidak lagi digunakan

Stesen keretapi terdekat

  • Stesen Victoria

Muzium

  • Muzium Rumah Handel

Lihat juga

  • iconPortal London
  • "A Nightingale Sang di Dataran Berkeley"
  • Mount Street Gardens
  • The Punch Bowl (Mayfair)

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-18. Dicapai pada 2010-02-27.
  2. ^ "Mayfair Library Diarkibkan 2012-08-05 di archive.today." City of Westminster. Retrieved on 21 January 2009.

Pautan luar

  • The Site of the original May-fair Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine
  • BBC News story: Reviving the Mayfair May Fair
  • History of Mayfair Diarkibkan 2008-03-29 di Wayback Machine

Templat:LB City of Westminster Templat:London Districts