Memoir Karmila

  • Maizura Ederis
  • Baizura Kahar
PengarahBahri Uma Bajuri
Dibintangi oleh
  • Aedy Ashraf
  • Atikah Suhaime
  • Fahad Iman
  • Ikmal Amry
  • Zaefrul Nordin
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Zarynn Min
  • Fauzi Nawawi
  • Nadia Aqilah
Lagu pembukaanDi Sini - IdayuLagu penutupDi Sini - IdayuNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod13PenerbitanPenerbit eksekutifHisyam A.KarimPenerbitFazli Hj Baharom
Shahrulezad MohameddinPenyuntingNik Mohd Faizal Raja DeramanTempoh siaran45 minit
Khamis-Ahad
7 Malam
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV1 (Slot Widuri)Format gambar1080i (HDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal28 Mei 2020 – 19 Jun 2020KronologiMengikutiKorban KasihDiikuti olehSaat Aku Berpaling

Memoir Karmila merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Umar Bahri di bintangi oleh Aedy Ashraf, Atikah Suhaime dan Ikmal Amry. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 28 Mei 2020 hingga 19 Jun 2020 menggantikan Korban Kasih. [1].

Sinopsis

Kisah seorang isteri terperangkap dengan dendam seorang suami yang begitu membencinya tanpa sedar. Karmila nyaris dijual suami sendiri pada sindiket pelacuran di Thailand pada malam berbulan madu mereka.

Kisah bermula apabila Mila dengan kekasih lamanya, Isham secara tidak sengaja. Hubungan mereka kembali rapat apatahlagi Isham secara suka rela membantu Dato’ Rahim menyelesaikan masalah kewangan syarikat mereka. Kejujuran dan karisma Isham yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan ini membuatkan Mila berpaling daripada cinta hatinya Naim. Dia mula membandingkan Isham yang sudah berjaya dengan kekasihnya Naim yang masih menganggur. Ditakdirkan Mila dan Isham disatukan dalam majlis perkahwinan yang meriah.

Isham membawa Mila pergi berbulan madu ke Thailand. Disinilah titik hitam dalam hidup Mila bermula. Isham sebenarnya terlibat dalam sindiket pemerdagangan wanita dan bersekongkol dengan rakannya, Tengku. Isham mahu menjual Mila kepada sindiket di Thailand demi membalas dendam lamanya terhadap wanita itu yang pernah meninggalkannya demi lelaki lain. Mujur Karmila dapat melepaskan dirinya dan pulang ke Malaysia. Dia kemudiannya dibantu Kak Kathy dan Awe yang simpati terhadapnya. Isham yang tidak puas hati terus memburu Karmila dengan konco-konconya.

Ketika berada di Terengganu, Mila dipertemukan dengan Aisyah dan ayahnya yang menguruskan madrasah pelajar tahfiz. Di situ terdetik dalam hati Mila untuk berubah. Adakah Isham berjaya temukan Karmila untuk dijual semula atau Karmila berjaya selamatkan diri? Apakah yang akan terjadi dalam kisah tragis ini?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Rujukan

  1. ^ Drama Memoir karmila My Infotaip. (27 Mei 2020). Dicapai Pada 25 Mei 2020
  2. ^ Budiey (21 Mei 2020) Watak Berat Atikah Suhaime Dalam Drama Memoir Kamila Sensasi Selebriti. Dicapai Pada 22 Mei 2020.