Menu Mula

Bagi butang kekunci yang mengaktifkan menu ini, sila rujuk Kekunci Windows.
Menu Start bagi Windows Vista
Menu Start Menu bagi Windows XP
Menu Start klasik pada Windows 95

Menu Start, juga dikenali sebagai Start Screen atau menu Mula adalah elemen antaramuka pengguna pada Microsoft Windows yang berfungsi sebagai pusat pelancaran program aplikasi.

Secara tradisionalnya, menu Start memaparkan senarai bersarang bagi program yang dipasang pada komputer, senarai dokumen yang baru dibuka, perintah untuk log keluar atau mematikan komputer, bantuan, pencarian fail serta pautan ke ketetapan sistem. Kemudiannya, menu Start menawarkan pautan ke folder khas seperti folder dokumen serta pautan ke program yang baru sahaja dibuka.

Secara teknikalnya, menu Start bukanlah wajib; program aplikasi masih boleh dibuka dengan melayari melalui Windows Explorer secara manual. Namun demikian, menu Start menawarkan kaedah yang lebih mudah dan lebih praktikal untuk membuka program aplikasi, walaupun di kalangan pengguna berpengalaman.

Sejarah

Dalam versi Windows yang terawal, program MS-DOS Executive menawarkan kedua-dua sistem pengurusan fail dan keupayaan menu program. Kemudiannya ia digantikan dengan Program Manager dan File Manager pada Windows 3.0, di mana Program Manager menguruskan kumpulan program manakala File Manager mengendalikan pengurusan fail.

Program Manager merupakan aplikasi bertetingkap penuh yang memerlukan keseluruhan ruangan skrin untuk digunakan secara berkesan. Ia terdiri daripada antaramuka berbilang dokumen yang ringkas bagi menguruskan kumpulan program dan membolehkan pengguna membuka program melalui pintasan di dalam kumpulan program tersebut.

Windows 95 adalah versi di mana menu Start mula menggantikan Program Manager, yang memadatkan Program Manager kepada menu "pop-up" yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja. Ia juga menawarkan beberapa kelebihan yang tidak ada pada Program Manager seperti membuat kumpulan program baru di dalam kumpulan program serta keupayaan untuk menambah pintasan program pada menu Start melalui teknik "heret dan letak".

Lihat juga

  • Bar tugasan

Pautan luar

  • Sullivan, Kent. "The Windows® 95 User Interface: A Case Study in Usability Engineering" Diarkibkan 2008-10-22 di Wayback Machine. (C) 1996 untuk Association for Computing Machinery, Inc. Sebuah rencana yang ditulis oleh salah seorang pembangun UI Windows 95, memperincikan kajian kebolehgunaan dan proses pembangunan yang membawa kepada penciptaan antaramuka Windows 95.
  • Start Menu Buttons Diarkibkan 2007-12-08 di Wayback Machine - Sejarah menu Start secara visual
  • l
  • b
  • s
Teras
Aero · ClearType · Desktop Window Manager · DirectX · Windows Explorer · Bar tugasan · Menu Start · Cangkerang Windows (Shell namespace · Folder khas · File associations) · Windows Search (Carian tersimpan, iFilters) · Antaramuka Peranti Grafik · Windows Imaging Format · Tenggekan TCP/IP generasi seterusnya · Rangka Kerja .NET · Audio · Cetakan (Spesifikasi Kertas XML) · Windows Script Host (VBScript, JScript) · COM (OLE, Automasi OLE, DCOM, ActiveX, Storan berstruktur)
Applikasi
dan perkakasan
Backup and Restore Center · Calculator · Calendar · Character Map · Cmd.exe · Contacts · Control Panel (Applets) · Device Manager · Disk Cleanup · Disk Defragmenter · DVD Maker · Event Viewer · Fax and Scan · Internet Explorer · Journal · Mail · Magnifier · Management Console · Media Center · Meeting Space · Mobile Device Center · Mobility Center · Movie Maker · Narrator · Notepad · Paint · Photo Gallery · PowerShell · Private Character Editor · Problem Reports and Solutions · Remote Assistance · Sidebar · Snipping Tool · Sound Recorder · Sysprep · System Configuration · System File Checker · System Restore · Unix subsystem · Windows Installer · Windows Media Player · Windows Speech Recognition · Task Manager · Windows Update · WordPad · WinSAT
Inti
Ntoskrnl.exe · hal.dll · System idle process · Svchost.exe · Registry · Windows service · Service Control Manager · WOW / WOW64 · DLL · EXE · NTLDR / Boot Manager · Winlogon · Recovery Console · I/O · WinRE · WinPE · Kernel Patch Protection
Servis
AutoPlay · BITS · Task Scheduler · Wireless Zero Configuration · Shadow Copy · Windows Error Reporting · Multimedia Class Scheduler · CLFS
Sistem fail
NTFS (Hard link · Junction point · Mount Point · Reparse point · Symbolic link · TxF · EFS) · FAT32·FAT16·FAT12 · exFAT · CDFS · UDF · DFS · IFS
Server
Domains · Active Directory · DNS · Group Policy · Roaming user profiles · Distributed Transaction Coordinator · MSMQ · SharePoint Services · Windows Media Services · Rights Management Services · IIS · Terminal Services · WSUS · Network Access Protection · DFS Replication · Remote Differential Compression · Print Services
Reka bentuk
Reka bentuk siri NT · Object Manager · Permulaan (Vista) · I/O request packets · Kernel Transaction Manager · Logical Disk Manager · Security Accounts Manager · Windows Resource Protection · LSASS · CSRSS · SMSS
Keselamatan
UAC · BitLocker · Defender · DEP · Protected Media Path · Mandatory Integrity Control · UIPI · Windows Firewall · Security Center
Permainan
Chess Titans · FreeCell · Hearts · Hold 'Em · InkBall · Mahjong Titans · Minesweeper · Purble Place · Solitaire · Spider Solitaire