Mi

Rak pengeringan mi di Seoul

Mi[1] (Jawi: ميcode: ms is deprecated , kadangkala dieja secara tidak formal sebagai mee atau mie) ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak.

Sejarah

Peninggalan arkeologi mi tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, barat laut China pada Oktober 2005; kajian yang dilakukan pada mi ini mendapati ia diperbuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso[2][3] serta diuli dalam bentuk menyerupai mi tarik yang wujud pada hari ini.[4] Catatan bertulis pertama mengenai mi dihasilkan dalam suatu kitab yang ditulis ketika dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M;[3] mi dibuat dari tepung gandum dicatatkan menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman ini.[5]

Mi diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara termasuk kepulauan Nusantara melalui kegiatan perdagangan tidak lewat dari zaman dinasti Ming pada abad ke-14; hal ini turut tercermin dari penyerapan perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien aksara Cina code: zh is deprecated (juga code: zh is deprecated , pinyin: miàn ; "tepung" atau "doh").[6]

Jenis mi mengikut ramuan utama

Telur

Mi telur biasanya diperbuat daripada campuran telur dan tepung gandum.

  • Mi telur: 'ba mee' (บะหมี่) dalam bahasa Thai, laris didapati di seluruh China dan Asia Tenggara
  • Lochshen: mi telur lebar yang didapati dalam masakan Yahudi Eropah Timur
  • Reshteh: mi telur Timur Tengah
  • Spätzle: mi telur yang secara amnya dikaitkan dengan negeri-negeri Baden-Württemberg dan Bavaria di kawasan selatan Jerman
  • Tăiţei: mi telur Romania
  • Tagliatelle: mi Itali yang dihidangkan sama ada segar dngan telur atau berupa pasta yang kaya dengan gandum, dimakan rebus dan diiringi sos

Gandum

  • Chuka men (Jepun: 中華麺): bahasa Jepun untuk "mi Cina", digunakan untuk ramen, chanpon dan yakisoba
  • Lamian (拉麵code: zh is deprecated ): mi Cina yang ditarik tangan
  • Mee pok (麪薄code: zh is deprecated ): mi Cina kuning leper yang laris di Asia Tenggara
  • Somen (Jepun: そうめん): mi gandum Jepun yang amat halus
  • Udon (Jepun: うどん): mi gandum Jepun yang tebal

Beras

  • Mi beras leper, juga dikenali sebagai héfěn atau ho fun (河粉code: zh is deprecated ), kway teow (粿條code: zh is deprecated ) atau sen yai (เส้นใหญ่)
  • Bihun: juga dikenali sebagai mǐfěn (米粉code: zh is deprecated ) atau sen mee (เส้นหมี่)

Kacang hijau

  • Mi selofan atau mi kaca, atau bihun kacang hijau; fěnsī (粉絲code: zh is deprecated ) dalam bahasa Cina, harusame (春雨code: ja is deprecated ) dalam bahasa Jepun, soun atau suun dalam bahasa Indonesia, wun sen (วุ้นเส้น) dalam bahasa Thai.

Kanji kentang atau bunga tasbih

  • Mi selofan boleh juga diperbuat daripada kanji ubi kentang or bunga tasbih atau kanji-kanji lain.

Gandum kuda

Jenis hidangan mi

  • Mi biasa: Mi ini dimasak dalam air atau kuah, lalu disalirkan. Makanan lain boleh dibubuh (contohnya sos pasta) atau mi itu dibubuh pada makanan lain (lihat mi goreng atau lasagna) atau mi boleh disajikan begitu sahaja dengan sos atau minyak celup di atas meja. Secara amnya, mi aalah lembut dan menyerap perisa.
  • Mi sejuk: Kadang-kadang mi disajikan dalam salad. Contohnya, salad mi kaca Thai yam woon sen. Di Jepun, mi tradisional seperti soba dan somen selalu dihidangkan sejuk dengan sos celup. Sesetengah masakan Barat seperti salad pastar juga memerlukan mi sejuk.
  • Mi goreng: Hidangan yang mengandungi mi yang dikacau goreng dengan pelbagai daging, makanan laut atau sayur-sayuran. Contoh biasanya termasuk chow mein, lo mein, mee goreng, mi hokkien, beberapa jenis pancit, yakisoba dan pad thai.
  • Mi sup: Mi yang dihidangkan dalam kuah. ContohL phở, sup mi daging, ramen, laksa, saimin dan batchoy, dan sup mi ayam.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Rujukan silang:
    • "mi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "mi". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ "Oldest noodles unearthed in China". BBC News. 12 Oktober 2005.
  3. ^ a b Roach, John (12 Oktober 2005). "4,000-Year-Old Noodles Found in China". National Geographic. m/s. 1–2.
  4. ^ Lu, Houyuan; Yang, Xiaoyan; Ye, Maolin; dll. (13 October 2005). "Culinary archaeology: Millet noodles in Late Neolithic China". Nature. 437 (7061): 967. doi:10.1038/437967a. PMID 16222289.
  5. ^ Sinclair, Thomas R.; Sinclair, Carol Janas (2010). Bread, beer, and the seeds of change: Agriculture's imprint on world history. Wallingford: CABI. m/s. 91. ISBN 978-1-84593-704-1.
  6. ^ Blust, Robert. "3: Language in society". The Austronesian languages (ed. dikemaskini). Australian National University. m/s. 152. ISBN 9781922185075.

Pautan luar