Padang Jawa

Padang Jawa ialah sebuah bandar kecil di Selangor, Malaysia yang berdekatan dengan Bandar Baru Klang. Kampung Padang Jawa (Petaling) merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak diantara 2 buah bandar iaitu Bandar Klang dan Bandaraya Shah Alam. Jaraknya dari bandar Klang lebih Kurang 8 Km dan dari Shah Alam lebih kurang 5 Km. Kampung ini sangat unik kerana berada di bawah pentadbiran dua daerah iaitu satu bahagian di bawah Daerah Klang dan sebahagian lagi di dalam Seksyen 16, Shah Alam dibawah pentadbiran Daerah Petaling. Garis sempadan di antara kedua-dua daerah ini terletak di tengah-tengah kampung ini.[1] Pada 1997, kedua-duanya (bahagian daerah Petaling dan Klang) telah diletakkan dibawah seliaan MBSA.

Kampung ini juga agak istimewa kerana mempunyai tiga jalan masuk ke kampung ini iaitu dari Klang, Shah Alam dan Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway).

Sejarah

Kampung Padang Jawa ini merupakan diantara salah sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang di mana ia telah wujud sejak tahun 1880.

Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan kampung. Kawasan - kawasan ini ialah Kampung Berangan (sekarang dikenali sebagai kawasan Jalan Berangan), kawsan Teluk Benta (sekarang dikenali sebagai kawasan Jalan Tengas dan Jalan Mat Raji) dan kawasan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sungai Rasa Dalam (Kulon) atau kampung Rimba Jaya. Nama Kampung padang Jawa mula dikenali apabila seorang pendekar yang bernama Wak Kairan telah datang membuka kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai kawasan Rimba Jaya (dahulu sebuah estet). Beliau sangat disanjungi oleh masyarakat setempat dan terkenal dengan kepandaian dalam ilmu persilatan. Oleh itu ramai orang yang datang ke kampung ini untuk mempelajari seni mempertahankan diri (silat) kerana ramai guru silat dan pendekar menetap di sini.

Memandangkan keperluan keretapi di kalangan penduduk pada masa itu, maka Wak Kairan telah memohon kepada pihak pemerintah ketika itu (Inggeris) untuk didirikan sebuah stesen keretapi di kawasan ini. Wak Kairan telah mencadangkan nama stesen keretapi ini dengan nama Stesen Kampung Padang Jawa. Semenjak itu kampung ini terkenal dengan nama tersebut dan sedikit demi sedikit maka lenyaplah nama lama Kampung Berangan, Teluk Benta dan Padang Lalang.

Sebelum tahun 1960-an, Kampung Padang Jawa merupakan sebuah kawasan pertanian. Oleh itu ia terkenal dengan kawasan dusun buah-buahan dan tangkapan hasil sungai seperti ikan dan udang galah. Pekerjaan utama penduduk pada masa itu ialah sebagai pekebun getah, buruh dan nelayan. Sungai Klang yang merentasi kampung ini menjadi sumber rezeki kepada nelayan dengan hasil tangkapan yang banyak. Di peringkat awal, jumlah penduduk hanya sekitar 300 orang sahaja.

Suasana kampung tradisi ini mula berubah dengan pesat apabila revolusi industri melanda persekitaran kampung ini pada tahun 1960-an. Banyak kawasan industri tumbuh di kawasan ini seperti Sungai Rasa, Padang Jawa, Batu Gajah (Seksyen 17, Shah Alam)dan Shah Alam. Penduduk kampung yang terlibat dengan aktiviti pertanian sebelumnya telah bertukar pekerjaan daripada seorang petani dan nelayan kepada pekerja kilang.

Penduduk kampung ini juga semakin bertambah dengan pesat apabila berlaku penghijrahan penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung ke kawasan ini. Kampung ini ibarat "lombong emas" kepada pendatang baru kerana suasananya yang sesuai sebagai tempat berehat dan melepaskan penat lelah setelah seharian mencari nafkah hidup. Kampung ini merupakan kawasan penempatan terdekat pada ketika itu dan persekitarannya masih dipenuhi oleh ladang kelapa sawit, pokok kelapa bali dan ladang getah.[1]

Pentadbiran

Pentadbiran Kampung Padang Jawa telah bermula sekitar tahun 1975 apabila persempadanan Daerah dilakukan semula bagi menentukan kawasan tadbiran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Shah Alam pada ketika itu Lembaga Bandaran Shah Alam sebelum bertukar menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam pada 7 Disember 1978. Persempadanan kawasan ini telah membahagikan kampung ini kepada 2 bahagian. Walau bagaimanapun, Ketua Kampung pada masa itu masih lagi di bawah seorang ketua. pada tahun 1978, Jawatankuasa Kampung Padang Jawa di bawah pentadbiran Daerah Petaling telah diwujudkan secara berasingan dan pengurusi JKKK yang pertama ialah Encik Abdul Hamed bin Saharudin. Beliau telah diwatikahkan sebagai Ketua Kampung pada tahun 1992 sehingga 2007.[1] Dari segi pentadbiran PBT, pada 1997 melalui Pelan Warta 1190 persempadanan PBT di Padang Jawa diseragamkan dan kedua-duanya diletakkan dibawah selian MBSA.

Pautan luar

  • Peta-peta Padang Jawa
  • [1]
  • JKKK Padang Jawa, Klang[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Selangor Selangor Darul Ehsan
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ a b c "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-11. Dicapai pada 2018-01-11.