Pemberontak Perancis

Salib Lorraine pilihan Jeneral Charles de Gaulle sebagai simbol Pemberontak[1]

Kelompok Pemberontak Perancis (Perancis: La Résistancecode: fr is deprecated ) berjuang menentang Jerman Nazi yang menduduki negara tersebut serta pihak Rejim Vichy yang bersubahat dengan relanya[2] semasa Perang Dunia Kedua. Kelompok ini terdiri daripada "sel" kumpulan kecil lelaki dan wanita bersenjata (dipanggil Maquis di kawasan pedalaman)[3][4] yang tidak sahaja merancang kegiatan perang gerila mereka tetapi juga menerbitkan akhbar rahsia yang membangkang pemerintahan Nazi, pemberi maklumat sulit serta mengawasi laluan keluar untuk pihak tentera Berikat dan penerbang tentera udara yang terperangkap di kawasan musuh.

Golongan yang menyertai Pemberontak ini datang dari semua lapisan masyarakat, ekonomi dan fahaman politik di Perancis termasuk para imigran, golongan akademik dan pelajar, bangsawan, penganut Katolik Rom (termasuk paderi) dan juga rakyat yang berfahaman liberal, anarkis dan komunis.

Latar belakang

Kehidupan rakyat di Perancis berjalan seperti biasa meskipun setelah Pertempuran Perancis dan gencatan senjata Perancis-Jerman yang ditandatangani berdekatan Compiègne pada 22 Jun 1940. Walau bagaimanapun, pihak-pihak Jerman dan Vichy mula menggunapakai taktik dan dasar yang menggerunkan dan bertujuan menundukkan penduduk negara tersebut.

Perancis diarahkan membayar gantirugi untuk pendudukan mereka sendiri yang kononnya menampung angkatan seramai 3000,000 askar sehingga mencecah 20 juta Reichsmark (bersamaan dengan 400 juta franc Perancis); menaikkan harga barangan secara mendadak[5] lalu menyebabkan kurangnya bekalan makanan dan malnutrisi[6] terutamanya dalam kalangan anak-anak, warga tua serta warga kelas pekerja buruh[7]. Ekonomi Perancis turut terbeban akibat penghantaran wajib buruh Perancis ke Jerman di bawah polisi Service du Travail Obligatoire[8][9] serta penahanan banyak warga mereka di sana.[10]

Pengawalan dan penapisan yang ketat, propaganda yang berlanjutan serta perintah berkurung banyak mewujudkan suatu suasana yang menakutkan dalam kalangan penduduk.[11]

Pihak yang terlibat

Golongan komunis

Parti Komunis Perancis diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh pihak pemerintah pimpinan Édouard Daladier[12] selepas termeterainya Pakatan Molotov–Ribbentrop dan permulaan Perang Dunia Kedua pada 1939 - kebanyakan pemimpinnya sama ada dipenjarakan mahupun terpaksa menyembunyikan operasi mereka.[13] Mereka hanya bisa giat merancang pemberontakan mereka dengan maranya pihak Jerman ke Kesatuan Soviet pada tahun 1941,[14][15] di mana mereka mendapat pengalaman mereka melalui pelaksanaan operasi rahsia mereka sewaktu Perang Saudara Sepanyol.[13]

Golongan pendatang

Penglibatan pihak Vichy yang bersekutu bersama pihak Nazi yang melancarkan dasar-dasar pembasmian kaum Yahudi terutamanya mendorong penglibatan masyarakat kaum tersebut - meskipun golongan ini merupakan satu peratus penduduk negara se-Perancis, mereka membentuk ~15–20 peratus keanggotaan dalam puak pemberontakan ini[16] termasuk para pendatang dari Hungary.[17] Masyarakat orang Armenia turut memainkan peranan yang aktif dalam pergerakan ini.[18][19]

Kegiatan

Penerbitan akhbar "bawah tanah"

Penerbitan akhbar rahsia merupakan antara perkara pertama yang dilakukan golongan pemberontak. Akhbar-akhbar sebegini cenderung mempunyai satu muka surat sahaja disebabkan pengharaman penjualan bahan mentah yang turut termasuk dakwat dan kertas. Ada juga daripada akhbar-akhbar ini yang lebih tertumpu kepada golongan pekerja tertentu, sama ada untuk mengenalpasti pihak yang bersubahat dengan tentera Jerman (Le Médecin Français untuk para doktor), menunjukkan cara bantuan logistik untuk membantu golongan pemberontak (misalnya La Terre untuk para petani menghantarkan bekalan makanan) mahupun untuk menggoyahkan semangat pihak lawan (Unter Uns disasarkan kepada pihak Jerman dengan berita mengenai kekalahan tentera tersebut di Medan Timur).[20]

Sabotaj

Sabotaj turut dilakukan terhadap di kemudahan-kemudahan yang membantu dalam usaha peperangan Jerman Nazi. Banyak makmal rahsia diwujudkan untuk menghasilkan bahan letupan sebagai senjata serangan, namun ada juga daripada mereka yang mencuri bahan letupan dalam gedung simpanan pihak Jerman secara senyap-senyap. Landasan kereta api yang membawa bahan-bahan pengilangan untuk tujuan perang turut dirosakkan dengan sengajanya, terutamanya di kawasan pergunungan. Malah, langkah ini lebih digemari kerana keberkesanannya, terutama lagi ketika maraan pihak Berikat ke kawasan Normandie dan Provence pada tahun 1944 yang merumitkan pergerakan pihak Jerman di sana.[21]

Rujukan

Petikan

  1. ^ Pharand 2001.
  2. ^ Knapp 2006, m/s. 3. sfn error: no target: CITEREFKnapp2006 (help)
  3. ^ Weitz 1995.
  4. ^ Kedward 1993.
  5. ^ Furtado 1992, m/s. 156. sfn error: no target: CITEREFFurtado1992 (help)
  6. ^ Weitz 1995, m/s. 442.
  7. ^ Mercier & Despert 1943. sfn error: no target: CITEREFMercierDespert1943 (help)
  8. ^ Weitz 1995, m/s. 50.
  9. ^ Hayward 1993, m/s. 131. sfn error: no target: CITEREFHayward1993 (help)
  10. ^ Weitz 1995, m/s. 51.
  11. ^ Kedward 1991, m/s. 5. sfn error: no target: CITEREFKedward1991 (help)
  12. ^ Jackson 2003, m/s. 114. sfn error: no target: CITEREFJackson2003 (help)
  13. ^ a b Weitz 1995, m/s. 60.
  14. ^ Weitz 1995, m/s. 62.
  15. ^ Marshall 2001, m/s. 41–2. sfn error: no target: CITEREFMarshall2001 (help)
  16. ^ Suhl 1967, m/s. 181–3. sfn error: no target: CITEREFSuhl1967 (help)
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ArtProscrit tidak disediakan
  18. ^ Laroche 1965. sfn error: no target: CITEREFLaroche1965 (help)
  19. ^ Les Arméniens dans la Résistance en France
  20. ^ Breuer 2000, m/s. 131-134.
  21. ^ Christofferson & Christofferson 2006, m/s. 170.

Bibliografi

  • Breuer, William B. (2000). Top Secret Tales of World War II. Wiley. ISBN 0-471-35382-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Christofferson, Thomas; Christofferson, Michael (2006). France during World War II: From Defeat to Liberation. New York: Fordham University Press. ISBN 978-0-8232-2563-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kedward, Harry R. (1993). In Search of the Maquis: Rural Resistance in Southern France, 1942–1944. USA: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-820578-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pharand, Michel W. (2001). Bernard Shaw and the French. USA: University Press of Florida. ISBN 978-0-8130-1828-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Weitz, Margaret Collins (1995). Sisters in the Resistance – How Women Fought to Free France 1940–1945. New York: John Wiley & Sons, Inc. ISBN 978-0-471-19698-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

  • History Learning Site – The French Resistance
  • Spartacus Educational – The French Resistance
  • Northwest Historical Association – Building the French Resistance Movement, 1940–1944
  • Order of the Liberation – Chronology 1940–1945
  • Special Forces Roll of Honour – French Secret Agents
  • Wawancara video bersama bekas ahli Pemberontak di European Resistance Archive 
  • Pierre Albert – The Journalism of the French Resistance Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine
  • Rebecca Halbreich, The San Francisco State University – Women in the French Resistance[pautan mati kekal]
  • European Centre of Deported Resistance Members – History and memory of the European Resistance movements and deportation.
  • l
  • b
  • s
  • Kasualti
  • Pembabitan tentera
  • Persidangan
  • Komander
Pihak Terbabit
Sekutu
(pemimpin)
Paksi dan
rakan
(pemimpin)
Penentangan
Garis masa
Permulaan
1939
1940
1941
1942
1943
  • Tunisia
  • Kursk
  • Smolensk
  • Kepulauan Solomon
  • Sicily
  • Lower Dnieper
  • Itali
  • Kepulauan Gilbert dan Marshall
  • Changde
1944
1945
Aspek
Umum
Selepas perang
  • Allied war crimes
    • Soviet war crimes
    • British war crimes
    • United States war crimes
  • German (Forced labour) / Wehrmacht war crimes
  • Jenayah perang Itali
  • Jenayah perang Jepun
    • Unit 731
    • Pendakwaan
  • Jenayah perang Croatia
    • terhadap orang Serb
    • terhadap orang Yahudi
  • Jenayah perang dari orang Serb
Perogolan perang
  • German military brothels
  • Camp brothels
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Japan
  • "Wanita penghibur"
  • Perogolan di Nanking
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Jerman
  • Perogolan semasa pembebasan Perancis
  • Perogolan semasa pembebasan Poland
  • Finnish prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the United States
  • Italian prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in World War II
  • Nazi crimes against Soviet POWs
  • Polish prisoners of war in the Soviet Union
  • Romanian prisoners of war in the Soviet Union
  • Kategori
  • Portal
  • definition
  • textbooks
  • quotes
  • source texts
  • media
  • news stories