Perpustakaan Negara Perancis

Perpustakaan Negara Perancis is located in Bumi
Perpustakaan Negara Perancis
Perpustakaan Negara Perancis (Bumi)
Lokasi di ParisKoordinat48°50′01″N 2°22′33″E / 48.833611°N 2.375833°E / 48.833611; 2.375833Koordinat: 48°50′01″N 2°22′33″E / 48.833611°N 2.375833°E / 48.833611; 2.375833Negara PerancisLokasiParissunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Negara Perancis (Bahasa Perancis: Bibliothèque nationale de France; Kependekan: BnF) merupakan perpustakaan negara bagi Republik Perancis. Ia adalah warisan koleksi diraja Perancis sejak Zaman Pertengahan serta merupakan perpustakaan terbesar dalam negara dan antara yang terbesar di dunia. Institusi ini juga adalah yang pertama dalam mengumpulkan koleksi penyerahan undang-undang.[1]

Perpustakaan ini terdiri daripada 14 buah jabatan (département) dengan empat daripadanya terletak di Paris.[2] Antara jabatan yang terdapat di Paris ialah Jabatan Duit Syiling, Pingat dan Barangan Purba. Jabatan yang lain termasuklah Maison Jean-Vilar di Avignon serta dua pusat teknikal dan pemuliharaan iaitu di Bussy-Saint-Georges dan Sablé-sur-Sarthe. Perpustakaan Negara Perancis semakin dikenali kerana perpustakaan digitalnya iaitu "Gallica". Dengan adanya perpustakaan itu, para pengguna dapat melihat penghasilan semula 1.8 juta dokumen dalam bentuk teks, gambar dan bunyi secara digital.

Rujukan

  1. ^ Dekri Diraja 28 Disember 1537, Villers-Cotterêts, François 1er
  2. ^ Maklumat mengenai jabatan BnF

Pautan luar

  • (Perancis) Laman sesawang rasmi
  • (Perancis) Katalog umum BnF