Stesen MRT Stadium Kajang

Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Jernih
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Kajang
Terminal
LokasiMap

Stesen MRT Stadium Kajang ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai "Bandar Kajang".[2]

Ciri-ciri Stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Jalan Stadium di barat bandar Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Stadium Kajang, Restoran Sate Kajang Hj Samuri, IPD Kajang, bangunan MPKj, Mahkamah Kajang, Kajang Plaza Medical Centre, Masjid Jamek Bandar Kajang, Kuil Sikh Kajang dan pusat membeli-belah Plaza Metro Kajang.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Sungai Jernih)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 450, T451, T457, T458, T459 dan T460 dan bas Smart Selangor laluan KJ01 berkhidmat di stesen ini.

Pintu masuk dan keluar

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Stadium Kajang. Pintu A berhadapan dengan Seksyen Teknikal Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan terletak di Jalan Stadium. Pintu B terletak di Lorong Mendaling dan Bandar Kajang manakala Pintu C terletak di persimpangan Jalan Stadium-Lorong Mendaling dalam Jalan Sungai Chua B11.

Pintu Lokasi Cadangan destinasi Gambar
A Jalan Stadium Hab bas pengantara MRT T451, T457, T458, T459 dan T460, hentian sebelah untuk teksi, kenderaan peribadi serta perkhidmatan e-panggilan, Stadium Kajang, Sate Kajang Haji Samuri, Muzium Sate Kajang, Kajang Plaza, Plaza Citra Kajang, SRA Sungai Kantan 2, Metro Avenue, Menara MPKJ, SK Kajang, SJK (C) Yu Hua, SMJK Yu Hua, Mahkamah Kajang
B Lorong Mendaling Lorong Mendaling, Bandar Kajang, Plaza Metro Kajang, Pejabat Pos Kajang, Balai Polis Kajang, SMK Convent Kajang, Jalan Besar, Jalan Tengah, Jalan Tukang, Jalan Sulaiman, Jalan Tun Abdul Aziz, Jalan Raja Haroun
C Jalan Stadium Laluan alternatif kepada Pintu A. Taman Sri Jambu, Taman Muhibbah, Taman Pinggiran, Kampung Jambu, Taman Cendana, Taman Cahaya, Taman Desa Bunga Raya, Taman Sungai Chua

Galeri

  • Stadium yang namanya digunakan oleh stesen MRT ini. Hanya terletak bersebelah sahaja.
    Stadium yang namanya digunakan oleh stesen MRT ini. Hanya terletak bersebelah sahaja.
  • Stesen dari pusat bandar. Gambar ini diambil semasa ujian untuk stesen Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang.
    Stesen dari pusat bandar. Gambar ini diambil semasa ujian untuk stesen Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang.
  • Stadium bersebelahan stesen.
    Stadium bersebelahan stesen.
  • Pembukaan stesen Stadium Kajang pada hari pertama.
    Pembukaan stesen Stadium Kajang pada hari pertama.
  • Platform stesen.
    Platform stesen.
  • Permandangan stesen dari Jalan Sungai Chua.
    Permandangan stesen dari Jalan Sungai Chua.

Rujukan

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Stadium Kajang — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s


  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.