Syria

ريڤوبليك عرب سيرياcode: ms is deprecated
الجمهورية العربية السورية
Al-Jumhūriyyah al-ʿArabiyyah as-Sūriyyah
Bendera Syria
Jata Syria
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: حُمَاةَ الدِّيَار
Homat el DiyarPeta kawasan di luar Syria
Peta kawasan di luar Syria
Peta kawasan di dalam Syria
Peta kawasan di dalam Syria
Ibu negara
dan bandar terbesar
DamsyikBahasa rasmiBahasa ArabKerajaanRepublik Berpresiden
• Presiden
Bashar al-Assad
• Perdana Menteri
Hussein Arnous
• Naib Presiden
Najah al-Attar Kemerdekaan 
daripada Perancis
• Pengisytiharan pertama
September 1936
• Pengisytiharan kedua
1 Januari 1944
• Diiktiraf
17 April 1946 Keluasan
• Jumlah
185,180[1] km2 (71,500 bt2) (87th)
• Perairan (%)
1.1Penduduk
• Perkiraan 2020
17,500,657 (66th)
• Bancian Penduduk 2010
21,018,834
• Kepadatan
118.3/km2 (306.4/sq mi) (70th)KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$71.74 bilion (ke-65)
• Per kapita
$5,348 (ke-101)HDI (2004)0.716
tinggi · ke-107Mata wangPaun Syria
(SYP)Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)Kod panggilan963Kod ISO 3166SYDPT internet.sy

Syria (Arab: سورياcode: ar is deprecated Sūriyā atau سوريةcode: ar is deprecated Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arab:الجمهورية العربية السوريةcode: ar is deprecated ) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Palestin di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[2] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[3] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[4] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.[perlu rujukan] Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشامcode: ar is deprecated ). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[5]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροιcode: el is deprecated Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[6] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρίαcode: el is deprecated , Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[7]

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Syria

Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Syria

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Syria

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Syria

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Syria

Industri petroleum

Loji penapis minyak di Homs
Lebuhraya M5 berhampiran Al-Rastan

Industri petroleum Syria telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Syria mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[8] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Syria beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[9]

Berdasarkan sejarah, Syria mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Syria menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[10] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Syria dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[11] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[11]

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Syria

Kebudayaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Kebudayaan Syria

Rujukan

  1. ^ "Syrian ministry of foreign affairs". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11.
  2. ^ Syria CIA - The World Fact Book. 31 Mei 2007. Dipetik 13 Jun 2007.
  3. ^ Syria Foreign and Commonwealth Office. Dipetik 13 Jun 2007.
  4. ^ Baath Party The Columbia Encyclopedia Sixth Edition 2001–05. Dipetik 13 Jun 2007.
  5. ^ Pipes, Daniel. Is the Hatay Problem Solved? Daniel Pipes Blog. January 10, 2005. Dipetik 13 Jun 2007.
  6. ^ dalam Herodotus The Histories 7.63
  7. ^ Pertama kali dicadangkan oleh Theodor Nöldeke pada tahun 1881; cf. Harper, Douglas (2001). "Syria". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2007-06-13. Unknown parameter |month= ignored (bantuan).
  8. ^ "Syria regime revenues shrink as losses mount". The Daily Star. AFP. 30 May 2015. Dicapai pada 31 May 2015.
  9. ^ Al-Khalidi, Suleiman (January 27, 2015). "Syria raises fuel prices to snuff out black market, soothe unrest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-27. Dicapai pada January 28, 2015.
  10. ^ "Syria says preparing to finalize oil deal with Russia". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 28 August 2012.
  11. ^ a b "The Syrian Economy: Hanging by a Thread". Carnegie Endowment for International Peace. 20 June 2012.

Lihat juga

  • flagPortal Syria
  • l
  • b
  • s
Liga Arab – جامعة الدول العربية
Ahli
AlgeriaEmiriah Arab BersatuArab SaudiBahrainComorosDjiboutiIraqJordanKuwaitLubnanLibyaMauritaniaMaghribiMesirOmanPalestinQatarSomaliaSudan • Syria • TunisiaYaman
Pemerhati
  • l
  • b
  • s
Asia Tenggara

Brunei · Filipina · Indonesia1 · Kemboja · Laos · Malaysia · Myanmar · Singapura · Thailand · Timor Leste · Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan2 · Bahrain · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Georgia2 · Iran · Iraq · Israel · Jordan · Kuwait · Lubnan · Mesir · Oman · Palestin · Qatar · Syria · Turki2 · Yemen

Asia Tengah dan Utara

Afghanistan · Kazakhstan · Kyrgyzstan · Rusia2 · Tajikistan · Turkmenistan · Uzbekistan

Asia Timur

China · Hong Kong3 · Korea Selatan · Korea Utara · Macau3 · Jepun · Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh · Bhutan · India · Maldives · Nepal · Pakistan · Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhad Wilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia, Wilayah Lautan Hindi British (United Kingdom) · Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Krismas (Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad : Abkhazia · Cyprus Utara · Nagorno-Karabakh · Ossetia Selatan · Republik China (Taiwan)

Ikon tunas

Rencana berkenaan Timur Tengah ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s