Teluk Danga

Koordinat: 1°28′30.0″N 103°43′26.4″E / 1.475000°N 103.724000°E / 1.475000; 103.724000

Teluk Danga
Danga Bay
Pekan
Map
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahJohor Bahru
Keluasan
 • Tanah22.26 ha (55.01 ekar)
Danga Bay
Teluk Danga
Map
Lokasi
  • Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Malaysia Sunting ini di Wikidata
Koordinat1°28′30″N 103°43′26″E Sunting ini di Wikidata
Keluasan1.8 km2
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teluk Danga (Jawi: تلوق دڠاcode: ms is deprecated , bahasa Inggeris: Danga Baycode: en is deprecated ) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.

Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.

Sejarah

Pembangunan bermula dengan projek tebus guna tanah sejak 1990-an. Walau bagaimanapun, kerja-kerja Teluk Danga terhenti pada 2007 akibat tempias krisis ekonomi dunia yang mengenai Malaysia sebelum disambung semula pada 2012.[2]

Lokasi

Roller-coaster di taman tema Danga World.

Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar (1.8 km2).[1]

Tahap ketersampaian

Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan ) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.

  • Melalui pembinaan Gerbang Selatan Bersepadu (CIQ), Teluk Danga akan dapat dituju hanya 10 minit dari pusat pemeriksaan kastam Malaysia.
  • Pembangunan premier ini juga terletak di antara dua Pelabuhan Laut Dalam Antarabangsa Pasir Gudang di timur dan Forest City, Pelabuhan Tanjung Pelepas di barat.
  • Apabila hendak menuju ke utara dalam masa 30 minit, pengunjung akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak di Senai.
  • Landasan terminal keretapi utama di bandar Johor Bahru boleh dituju dengan hanya mengambil masa 10 minit dari Teluk Danga.

Isu

Beberapa aspek impak Teluk Danga terhadap warga penduduk pesisir telah dikaji. Satu isu berkenaan pembinaan Teluk Danga ialah impak sosioekonomi kepada penduduk Orang Asli Orang Seletar di pesisir. Pemerhatian oleh ahli linguistik, Samsur Rijal Yahaya sepanjang 2000-an mendapati bahawa pembangunan penambakan tanah Teluk Danga telah menjejaskan ekosistem laut yang menjadi mata pencarian warga peribumi di sana. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mencari pendapatan baharu seperti menjual besi buruk.[3]

Rujukan

  1. ^ a b Sekon, Jamaah (2017). "Mapping shoreline changes due land reclamation using Landsat TM data" (PDF). Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository (dalam bahasa Inggeris): 5.
  2. ^ Johor: Abode of Development? (dalam bahasa Inggeris). ISEAS Publishing. 2020. doi:10.1355/9789814881289. ISBN 9789814881289.
  3. ^ Yahaya, Samsur Rijal (2019). Semiotik Sosial Masyarakat Seletar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. xiv. ISBN 9789834922559.

Pautan luar

  • (Inggeris) Danga Bay
  • l
  • b
  • s
Kawasan Pembangunan Iskandar
Daerah
Kulai · Johor Bahru · Pontian (Selatan)
Syarikat hartanah utama
Khazanah Nasional · Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar · Syarikat Permodalan Iskandar · Kumpulan Prasarana Rakyat Johor · Johor Corporation · Kumpulan UEM · Ekovest Berhad
Pihak berkuasa tempatan
Zon ekonomi
Zon A: Pusat bandaraya Johor Bahru · Zon B: Iskandar Puteri · Zon C: Pembangunan Gerbang Barat · Zon D: Pembangunan Gerbang Timur · Zon E: Senai-Skudai
Bandar utama
Johor Bahru · Skudai · Iskandar Puteri · Tanjung Kupang · Pasir Gudang · Larkin · Permas Jaya · Senai · Kulai · Saleng · Sedenak · Seelong · Bukit Batu · Kelapa Sawit · Ayer Bemban · Sengkang · Bandar Dato' Onn · Bandar Sri Alam · Tampoi · Gelang Patah · Ulu Tiram · Tanjung Langsat · Masai · Plentong · Teluk Danga · Medini Iskandar Malaysia
Mercu tanda utama
Infrastruktur
Pendidikan


Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s