Wilayah Al-Bahah

Wilayah Al-Bahah
منطقة الـبَـاحَـة
Kedudukan Al-Bahah dalam peta Arab Saudi
Kedudukan Al-Bahah dalam peta Arab Saudi
Negara Arab Saudi
Ibu negeriAl-Bahah
Daerah7
Pentadbiran
 • EmirHussam bin Saud
Keluasan
 • Jumlah9,921 km2 (3,831 batu persegi)
Penduduk
 (bancian 2017)
 • Jumlah476,172
 • Kepadatan48/km2 (120/batu persegi)
ISO 3166-2
11
Kod kawasan+966 17
Laman sesawangwww.albaha.gov.sa

Wilayah Al-Bahah (Arab: منطقة الـبَـاحَـةcode: ar is deprecated Manṭiqat al-Bāḥah) atau Negeri Al-Bahah ialah sebuah wilayah di Arab Saudi. Ia terletak di barat daya kawasan Hijaz. Ia mempunyai keluasan selua 9,921 km², dan mempunyai penduduk seramai 476,172 (2017).[1] Ibu negerinya ialah Al Bahah.[2] Wilayah ini merangkumi Kota Al-Bahah, Al-Mikhwah dan Baljorashi. Baljorashi mempunyai sebuah pasar tradisional terkenal iaitu Souq al-Sabt, yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai "Pasar Sabtu". Wilayah Al-Baḥah merupakan tempat tinggal bagi dua kabilah dari Kabilah Azad, iaitu Kabilah Ghamid dan Kabilah Zahran.[3]

Souq al-Sabt

Souq al-Sabt, atau Pasar Sabtu merupakan sebuah pasar tradisional terkenal yang terletak dalam wilayah ini. Pasar tersebut ialah pasar lama yang tidak diketahui usianya. Pasar ini dibuka selepas solat Subuh atau sekitar jam 5 pagi waktu tempatan, dan ditutup pada tengah hari. Orang ramai berkunjung dari seluruh negeri untuk menjual dan membeli barangan buatan tangan.

Senarai emir wilayah

  • Saud bin Abdulrahman bin Turki Al Sudairi (1962-1977)
  • Ibrahim bin Abdulaziz Al Ibrahim (1977–1987)
  • Muhammed bin Saud Al Saud (1987–2010)
  • Mishari bin Saud bin Abdulaziz Al Saud (28 August 2010 – 22 April 2017)
  • Hussam bin Saud bin Abdulaziz Al Saud (22 April 2017 – sekarang)

Rujuka

  1. ^ "Population Characteristics surveys" (PDF). The General Authority for Statistics. 2017.
  2. ^ "معلومات عامة عن مناطق المملكة العربية السعودية". General Authority of statistics.
  3. ^ Kathy Cuddihy, An A to Z of Places and Things Saudi, pg. 6. London: Stacey International, 2001. ISBN 9781900988407
Wilayah Mekah
Wilayah Mekah Wilayah Asir
   Wilayah Al-Bahah    
Wilayah Mekah
  • l
  • b
  • s
Wilayah di Arab Saudi
Al-Bahah · Al Hudud ash Shamaliyah  · Al-Jawf · Al Madinah · Al Qasim · Al-Riyadh · Ash Syarqiyah · 'Asir · Hail · Jazan · Makkah · Najran · Tabuk
Bendera Arab Saudi
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s