Wisma Sanyan

Wisma Sanyan
Pandangan depan Wisma Sanyan
Map
Maklumat umum
JenisPejabat, hotel, restoran, pusat beli-belah
LokasiSibu, Sarawak, Malaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat2°17′26″N 111°49′31″E / 2.29056°N 111.82528°E / 2.29056; 111.82528
Pembinaan bermula2000
Disiapkan pada2001
Pembukaan2001
Dirasmikan pada2001 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembiayaan(US$34 juta)
PemilikSanyan Group
Maklumat ketinggian
Bumbung126 m (413 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat28
Lif/mesin pengangkatTidak diketahui
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekKohn Pedersen Fox
PemajuMori Building Co.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wisma Sanyan (Mandarin: 三洋大厦) adalah bangunan kedua tertinggi di negeri Sarawak.[1] Terletak di bandar Sibu, bangunan ini mempunyai kapasiti sebanyak 10,000. Bangunan ini juga merupakan bangunan yang ke-48 tertinggi di Malaysia.

Dibuka pada tahun 2001, bangunan ini menempatkan pelbagai tempat, di antaranya ialah pusat membeli-belah, restoran, hotel dan pejabat. Ia juga merupakan ibu pejabat Sanyan Group, yang merupakan salah satu daripada syarikat kayu terbesar Sarawak. Ia juga menempatkan Parkson dan Pasaraya Besar Giant.

Selain itu, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Negeri Sarawak dan juga pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) juga berpengkalan di sini.

Gelaran Wisma Sanyan sebagai bangunan tertinggi di Sarawak akan diambil oleh Menara Vivacity 2 (Vivacity 2 Tower), iaitu menara ikonik serba moden setinggi 50 tingkat yang terletak berhampiran dengan Vivacity Megamall Kuching, apabila projek ini siap sepenuhnya.

Galeri

  • Wisma Sanyan dari tebingan Sungai Rajang
    Wisma Sanyan dari tebingan Sungai Rajang
  • Wisma Sanyan di waktu malam
    Wisma Sanyan di waktu malam

Rujukan

  1. ^ Wisma Sanyan: Enjoy our giant Christmas tree The Borneo Post

Koordinat: 2°17′26″N 111°49′31″E / 2.29056°N 111.82528°E / 2.29056; 111.82528